Wednesday, November 14, 2012

Hijrah

Pernah aku merasa jauh sekali daripada Tuhan.
Sujud aku seolah-olah tidak dipandang-Nya.
Solat aku terasa tak menjadi terapi jiwa.
Barang kali Allah telah membuang aku kerana menjadi orang yang fasik. Nauzubillah.

Sungguh aku benci sekali pada refleksi diri yang terlihat pada cermin.
Wajah aku ini wajah yang sarat dengan dosa.

Semoga Hijrah ini,
Lebih banyak amalan dan kesedaran,
Segala dosa lepas dihapuskan,
Semoga Allah mengangkat diri ini menjadi wanita solehah.